Dasar Privasi
Dikemas kini: 2 Oktober 2026
Pantau ialah sistem kehadiran dan pengurusan HR yang dibangunkan oleh SFS Legacy. Dasar ini menerangkan data yang diproses melalui Pantau dan laman web ini.
Data yang diproses
- Maklumat akaun dan pekerja: nama, jabatan, syarikat dan peranan.
- Rekod kehadiran: masa clock in/out, selfie dan lokasi GPS pada waktu tersebut.
- Permohonan cuti, OT dan tuntutan, rekod payroll, slip gaji dan markah KPI.
- Log audit bagi perubahan data penting.
Tujuan
Data digunakan untuk menyediakan fungsi Pantau kepada syarikat pelanggan, iaitu mengesahkan kehadiran, memproses kelulusan, menyediakan payroll dan menjana laporan.
Akses
Akses dikawal mengikut peranan pekerja, penyelia dan admin HR. Syarikat pelanggan menentukan siapa yang mendapat akses dan data apa yang dimasukkan.
Borang demo di laman ini
Maklumat yang anda hantar melalui borang demo dihantar kepada kami menggunakan perkhidmatan pihak ketiga (Web3Forms) dan digunakan untuk membalas permintaan anda.
Hak anda
Pekerja yang ingin mengakses atau membetulkan data peribadi mereka boleh menghubungi majikan masing-masing. Pertanyaan lain boleh dihantar kepada kami melalui halaman Sokongan.